Thursday, 11 August 2016

INFO EMAS.SILA BACA UNTUK PENGETAHUAN BERSAMA

INFO EMAS SILA BACA UNTUK PENGETAHUAN BERSAMA

📌Emas juga dikenali sebagai logam kuning.
📌Emas semuanya sama. Jgn tertipu dengan brand. Emas hanya berbeza dari segi ketulenannya.

📝SIFAT EMAS
🔸Berwarna kekuningan.
🔸Mudah dibentuk.
🔸 Berkongsi kumpulan dengan Perak & Tembaga dlm jadual berkala.
🔸 Tidak terhakis.

📝GRED EMAS
Karat adalah ukuran ketulenan Emas. 24 karat bermaksud Emas itu 99.9% tulen

🔸Emas 999 = 24 Karat = 99.9% emas (Bar, Dinar, Barang Kemas)

🔸Emas 916 = 22 Karat = 91.6% emas (Barang Kemas)

🔸Emas 875 = 21 Karat = 87.5% emas (Barang Kemas)

🔸Emas 833 = 20 Karat = 83.3% emas

🔸Emas 750 = 18 Karat = 75.0% emas (Barang Kemas yg ada Batu @ Berlian)

🔸Emas 666 = 16 Karat = 66.6% emas

🔸Emas 585 = 14 Karat = 58.5% emas (cincin dll)

🔸Emas 500 = 12 Karat = 50.0% emas

🔸Emas 417 = 10 Karat = 41.7% emas

🔸Emas 375 =  9 Karat = 37.5% emas (Cincin SUASA)

📝Campuran lain selain dari emas kebiasaannya Perak & Tembaga utk menguatkan struktur emas.

Contoh↩
🎀Syiling Emas, Dinar & Gold Bar 999.9
-Bermaksud 99.9% emas tulen

✅Barang Kemas 916
-Bermaksud 91.6% emas
-8.4% lagi adalah campuran perak dan tembaga.

📝Sesetengah Barang kemas (Emas Kelantan) 916 agak kelihatan merah kerana campuran emas & tembaga jadi Barang kemas / alloy

Bagi sesetengah pengeluar pulak, mereka mencampur emas & Silver. Warna barang kemasnya lebih kuning & banyak di pasaran Malaysia.

TAPI jika emas 999 warnanya sama walau datang dari mana pun pengeluarnya. Itulah warna Emas yg asal.

Faham, kan?😉

No comments:

Post a Comment