Monday, 24 August 2020

BAGAIMANA DISIPLINKAN KEWANGAN DIRI

+ TIPS EMAS +
-----------------------------
.
[ Bagaimana Nak Disiplinkan #Kewangan Diri ]
.
Step 1:
-------------
👉 Dapat sahaja gaji, asingkan cepat² 10% simpan sebagai BAKUL SAVING. (Sebagai permulaan main 5% dahulu, apabila agak mahir & seronok barulah naikkan ke 10% pula. & naikkn sedikit² apabila sudah selesa.
.
Step2 :
-------------
👉 Alih bakul iaitu dari BAKUL SAVING kpd BAKUL ASET, iaitu duit yg disimpan (dari bentuk simpanan) tadi bolehlah tukar kpd kepingan emas.
.
👉 Tak perlu nk beli 5gram atau gram emas yg besar² ,kita boleh bermula la dgn 1gram je..kalau dikumpul tiap² bulan…fuhhh boleh kira sndiri la nilai aset kita..emas ni makin mahal.
.
> Kesan Sampingan Selepas Itu : <
.
Anda akan tertanya² dlm fikiran. Bila dh simpan & kumpul sndiri emas fizikal ni, pastu nk bt apa???
.
Kita boleh buat :
✅ kawin
✅ beli property (kedai,rumah,tanah)
✅ selesaikan hutang
✅ zakat (diutamakan)
✅ haji/umrah/melancong
✅ pendidikan anak² 》
✅ emergency (sakit)
✅ simpanan utk bersara awal
✅ boleh kembangkan ekonomi diri dgn buat bisnes lain. Emas sbg modal bisnes
✅ renovate rumah bg besar & luas utk keselesaan
.
~ #EMAS ADALAH #WANG SEBENAR~

Kenapa Harga Emas Naik Turun??

🔥KENAPA HARGA EMAS NAIK TURUN?? 🔥

✔✔Apabila US Dollar menguat, ianya memerlukan jumlah dollar yang sedikit untuk membeli sebarang komiditi contohnya emas. Apabila USD melemah, ianya memerlukan jumlah dollar yang lebih untuk membeli komoditi dalam kuantiti yang sama.

✔✔Ini membuktikan US Dollar menentukan arah harga komiditi seperti emas, yang mempengaruhi samada memerlukan dollar yang sikit atau banyak untuk membeli emas atau komiditi lain. Lain kata, apabila USD menguat emas akan menurun dan sama juga sebaliknya. Itulah fakta tentang nilai harga emas.

✔✔Lain faktor mempengaruhi harga emas ialah bergantung kepada "demand" dalam pasaran terhadap emas.Apabila harga emas tinggi apabila diukur bukan sahaja dalam bentuk USD, tetapi juga dalam bentuk Euro, Pounds, Yen ataupun RM, kita tahu demand emas adalah tinggi dan telah menaikkan nilai harganya tersendiri.

✔✔Apabila harga emas tinggi dalam US Dollar... tetapi dalam masa sama harga dalam bentuk currency lain tetap sama kita dapat buat rumusan bahawa USD Dollar yang melemah dan bukannya kekuatan USD menjadi punca kenaikan harga emas. Ini kerana harga emas jika kita lihat di dalam mana-mana graph Meta4 ianya VERSUS with USD. Jadi ini perkara penting yang perlu kita lihat sebagai trader emas.

💎"Sarah Gold Addict"💎☺

ORANG SUKA BUSSINESS PATUT SIMPAN EMAS DARI SEKARANG

ORANG BUSINESS PATUT SANGATTTT SIMPAN EMAS
======================================== Dalam business kita inda tau jatuh naik business bila.

Semua orang mau berjaya. Aku pun mau berjaya..kamu mau berjaya...bisdia pun mau berjaya dalam business masing2. 💲💲💲💲💲💲💲💲💲 TAPI 1 BENDA. ORANG BUSINESS WAJIB ADA BACKUP UNTUK PERTAHANKAN BUSINESS MASING2.

Jawapannya : EMAS

Sebab apa ? : Bila2 masa blh pergi pajak simpanan emas untuk backup business yg perlukan duit.

Dokumen apa perlu? : just IC n emas itu sendiri.

Bila blh dapat? : Masa tu juga dapat Duit Tunai. 😏😏 Tempoh bayaran? : Dalam masa 6 bulan. N boleh dilanjutkan lg berapa lama diperlukan. Panjang cerita.. Boleh Tanya kediaku direct WA 8173030.

Banyak sgt kebaikan yg kitani boleh gunakan tentang emas ani.  Apa ada pada emas?? Liat lah  3 ke 4 tahun akan dtg. Then jgn menyesal kalau x start simpan dr sekarang..

Aku inda paksa, tapi aku cuma share kebaikan emas yg mana saya rasa rugi inda jatuh cinta dr dulu lagi..

Aku sendiri? Yes menyesal inda simpan Dari dulu lgi.. anda mampu mengubahnya✌


Sarah Gold Addict

TIPS MEMBELI EMAS

#TipsMembeliEmas ✨✨✨

Bila anda memikirkan tentang harga, ia akan jadi masalah untuk anda memiliki EMAS

Tetapkan satu nilai yang jelas anda nak laburkan contoh anda sanggup asingkan RM200 sebulan utk simpanan masa depan.

Beli ikut jumlah tunai yang anda ada dan bakinya simpan jangan diguna
Bulan depan ulang lagi perkara sama, sehingga baki yang anda kumpul membolehkan anda gandakan belian anda.

Barulah seronok melihat EMAS anda bertambah 😊

In Shaa Allah

APA BISAI NYA SIMPAN EMAS ANI KAN??

KENAPA SIMPAN EMAS? 

"Apa tah kebaikkannya? abis saja duit membali, inda jua ada untungnya. Baik ku membali hp / laptop / bag ada lagi guna nya, dapat dipakai, amas apa ada?"

"cuba tah kita kira, mun ku membali 1g $63 hari ani, Lps tu ku gadai kana ambil $30 jua ganya, mana untungnya? rugi ada lah"

Sebenarnya cara pemikiran biskita yang salah. Siapa suruh gadai masa harga emas masih sama mcm masa kita membali emas? gadai lah masa harga emas mencecah $150 per gram. Bila masanya? Akan dtg nanti. Kalau kan gadai jua, gadai masa MEMERLUKAN saja. 

Biskita berucap emas ani inda dpt dipakai, okay fine. Cuba nanti, bila biskita nada beduit, gadaikan tia telipun, bag, laptop biskita yg "mahal2" tu di arrahnu / kadai2 emas / kadai2 gadget. Kana ambil? kana pinjamkan duit? Bepikir durang kan mengambil. Tapi cuba biskita gadaikan emas, kna bagi pinjaman kan? asalkan emas atu emas TULEN. 

Emas inda menjanjikan biskita bergaya, kaya, ada style dan sebagainya. TAPI emas akan sentiasa buat biskita ada DUIT. 

Harga emas dlm jangka masa panjang akan sentiasa meningkat. Hari ani kita bali $63 per gram, 5 tahun akan dtg harganya inda kan sama dengan harga hari ani. 

Tukar cara biskita berfikir, maju kehadapan!

Sarah Gold Addict

CARA ISTIQOMAH / KONSISTEN KAN DIRI MENYIMPAN 1 GRAM SEBULAN

CARA ISTIQOMAH / KONSISTEN KAN DIRI MENYIMPAN 1 GRAM SEBULAN 

✅ 1 GRAM EMAS BAGI AHLI $65 KEBAWAH. Sebulan ada 29-31 hari

$65 / 29 hari : $2.30

✅ CARI TIN KOSONG / BELI TABUNG MURAH

✅ SETIAP HARI MASUKKAN $2.30 DALAM TABUNG TERSEBUT.

✅ DISIPLIN KAN DIRI UNTUK INDA MENJANGKAU / MENGAMBIL DUIT DALAM TABUNG TERSEBUT

✅ GENAP SEBULAN, KELUARKAN DUIT YANG SDH DIKUMPUL, TUKAR KE EMAS 

Semoga Istiqamah / konsistenstokis-stokis & ahli-ahli semua. Luruskan niat tani menyimpan emas untuk keluarga, pelajaran anak-anak, naik haji, beli rumah, beli kereta. Jgn dikejar bonus semata-mata. 

Kitani gunakan peluang di powergold ni untuk beli emas murah dari kadai. Kayakan keluarga tani dengan emas, In shaa Allah terjamin masa depan.

U buy it, U own it 👍🏼 
Sarah Gold Addict

DINAR ADALAH UNIT TIMBANGAN


🌺🌺DINAR ADALAH UNIT TIMBANGAN🌺🌺
〰〰〰〰〰〰〰〰〰〰〰

📝Dinar Emas
••••••••••••••••••••••
📌Masyarakat sering mengungkap perkataan dinar dan hanya mengetahui ianya adalah suatu emas. Malangnya mereka kurang memahami secara terperinci apakah itu dinar. Entri kali ini akan kami kongsikan mengenai dinar yang di keluarkan oleh syarikat yang menjual emas dinar.

📝Dinar unit ukuran bagi berat?
•••••••••••••••••••••••••••••••••••••
📌Didalam fizik menyatakan berat adalah suatu kuantiti skala yang mana ia hanya mempunyai magnitud sahaja dan tidak mempunyai arah pergerakan magnitude tersebut. Lazimnya unit berat yang sering kita dengar adalah gram, kilogram bagi sistem metrik atau ounce(oz),pound(lb) dan slug bagi sistem imperial (british system).

 📌Begitu juga dengan dinar, ia melambangkan suatu kadar kuantiti berat yang tetap bagi logam emas. Apabila kita ada 1 syiling Dinar, bermakna kita mempunyai emas seberat 1 dinar. Tetapi berapakah berat 1 Dinar di dalam unit gram? Kita sukar membayangkan berapa banyak 1 Dinar itu sehinggalah kita tahu kesetaraan 1 Dinar dalam unit gram.

💥💥💥1dinar = 4.25 gram

📝Bentuk
•••••••••••••••••••
📌Dinar adalah berbentuk syiling atau coin yang di perbuat daripada emas. Berat bagi 1 syiling Dinar adalah 4.25gram. Maka dengan mengetahui berat tersebut dapatlah kita bayangkan berapa nilai syiling 1 Dinar dalam matawang Malaysia (atau matawang dunia umumnya).

💲10sen, 20sen, 50sen
•••••••••••••••••••••••••••••••••••

📌Seperti duit syiling Malaysia yang bernilai 10sen, 20 sen dan 50sen, syiling dinar juga ditempa dalam pelbagai nilai pada masa kini. Kebanyakannya emas dinar yang dijual di pasaran adalah dalam nilai 1dinar dan 2dinar.

Variasi Dinar yang terdapat di pasaran

 📝Kualiti Dinar
•••••••••••••••••••••••
📌Harus di ingat, terdapat banyak syarikat yang mengeluarkan dinar emas yang berlainan kualiti emasnya. Nilai Dinar emas yang tinggi adalah dinar yang mempunyai kualiti yang tinggi. Antara kualiti emas yang berada di pasaran adalah 999.9( 24k), 916 (22k) dan lain-lain. Nombor-nombor ini menunjukkan peratusan kandungan emas yang terkandung dalam syiling dinar. Lagi tinggi peratusannya, lebih mahal nilai syiling dinar tersebut. Di ringkaskan 1 Dinar emas (999.9) lebih tinggi nilai harganya berbanding dengan 1 Dinar (916). Dan sebab itu lah harga dinar dalam pasaran berbeza2..