Untuk simpanan pelaburan, barang kemas adalah tak sesuai melainkan SUPER DUPER LONG TIME.
Untuk pakai sebagai kecantikan dan perhiasan ok lah. Tapi jangan beli banyak sangat.
Contoh ada orang kaya yang takde ilmu EMAS. Dia beli barang kemas berjumlah RM300,000. Lepas dia beli baru dia sedar :
1⃣ Barang Kemas susut nilai tinggi 25%-35%. Berbanding goldbar susut nilai hanya 7%- 13%.
2⃣ Barang Kemas ada kos workmanship (kos tukang buat dan design barang kemas). Kos ini kita kena bayar.
3⃣ Barang Kemas ada kos GST 6%. Ini pun kita kena bayar.
4⃣ Ketulenan barang kemas 91.6% emas sedangkan goldbar, dinar dan syiling emas adalah 99.9% emas.
5⃣ Tempoh nak untung simpan barang kemas makan masa yang lama sebab nak tunggu balik modal kos GST, kos Workmanship yang kita bayar masa beli dulu.
6⃣ Bila nak jual barang kemas, nilai barang kemas hanya dinilai pada berat gram barang kemas dan ketulenannya sahaja. GST, Workmanship dan Design tidak dinilai.
Duit kita...sukati kita la kan? TAPI melaburlah dengan BIJAK.
Saya suka beli dan simpan emas 999.9 (Goldbar, Dinar dan Syiling Emas)☺