Tuesday, 24 April 2018

MANA LEBIH BAIK : EMAS JENIS PADU vs JENIS HOLLOW

MANA LEBIH BAIK : EMAS JENIS PADU vs JENIS HOLLOW

===============================


⚠️JENIS KOSONG @ HOLLOW - BERAT 11G LEBAR 1CM


Ramai yang tergoda dengan saiznya yang nampak besar dan lebar tp.. 

ramai juga yang tak perasan dalamnya KOSONG.


Maksudnya kat DALAM rantai tu ruang kosong..tak dipenuhi dengan emas.

Oleh sebab itulah BK jenis hollow ni ringan tapi nampak besar.

Peminat2 BK yang dah faham sifat2 BK akan tak nak BK jenis kosong

sebab mereka risau tak tahan lasak.. yang mana ianya memang betul pun..

Terutama untuk BK hollow yang kategori bajet.


Tapi bukan semua BK hollow tu tak tahan lama. Sebenarnya anda harus bijak

pilih design hollow yang macam mana agak tahan dan yang mana kurang tahan lasak.

Macam design pasir dalam gambar ni insya Allah tahan pakai sampai bertahun2 tanpa putus.

Ada jugak sesetengah design hollow yang tak mampu bertahan lama.. tapi anda perlu ingat, EMAS 916 ni walau putus, kemek, atau terbakar sekalipun ianya tetap bernilai😘

□■□■□■

✅JENIS PADU - BERAT 10G LEBAR 0.5CM


Jenis padu ni biasanya berat2 pun alahaiii nampak halussss je kan...

Berat BK jenis ni lebih kurang je mcm jenis hollow tu, tapi lebar dan saiz

dia nampak berbeza kan.. nampak kecik kan????


Tapi jangan disangka kecik2 tak de apa. Nampak halus je walaupun berat disebab

ianya jenis padu. Padu maksudnya emasnya padat memenuhi segenap designya,

oleh itu ianya berat walaupun kecik. Kalau pakai rantai tangan jenis padu akan

terasa "padat dan berat"nya RT tu di tangan walaupun jenis bajet, berbeza dengan

rasa RT hollow bila dipakai walaupun berat. 


Biasanya BK padu ni berat2 sikit,jadi harganya agak mahal sikit berbanding dengan

BK hollow yang kebanyakan beratnya di bawah 5gram. Oleh itu emas padu ni ada

orang tak berapa berkenan sebab kecik tapi berat jadinya mahal..pastu kebanyakan

design BK padu ni design evergreen..old skool gtu.


Tapi sebenarnya beli BK padu ni lebih puas hati sebab agak tahan lasak dan

boleh pakai lama..tak mudah kemek atau putus. Insha Allah sampai ke anak

cucu boleh wariskan, hehe.

□■□■□■

Lain orang lain cita rasanya kan..apa2 pun yang penting emas yang dibeli tu

emas tulen dan cukup mutunya 916@999 sebagaimana harga yang telah dibayar

😘😘😘😘

Bagi admin, admin lebih gemar BK padu sebab memang hati rasa lebih puas dan

lebih tenang untuk dipakai harian. Try lah dulu, pakai hollow dan pakai padu..pasti anda

pun akan faham bezanya πŸ˜‰πŸ˜‰πŸ˜‰ belum cuba belum tahu✅

Credit To : FB Hayatun Hartawan Emas