Tuesday, 12 September 2017

🌟TIPS EMAS 2🌟

Untuk simpanan pelaburan, barang kemas adalah tak sesuai melainkan SUPER DUPER LONG TIME.

Untuk pakai sebagai kecantikan dan perhiasan ok lah. Tapi jangan beli banyak sangat.

Contoh ada orang kaya yang takde ilmu EMAS. Dia beli barang kemas berjumlah RM300,000. Lepas dia beli baru dia sedar :

1⃣ Barang Kemas susut nilai tinggi 25%-35%. Berbanding goldbar susut nilai hanya 7%- 13%.

2⃣ Barang Kemas ada kos workmanship (kos tukang buat dan design barang kemas). Kos ini kita kena bayar.

3⃣ Barang Kemas ada kos GST 6%. Ini pun kita kena bayar.

4⃣ Ketulenan barang kemas 91.6% emas sedangkan goldbar, dinar dan syiling emas adalah 99.9% emas.

5⃣ Tempoh nak untung simpan barang kemas makan masa yang lama sebab nak tunggu balik modal kos GST, kos Workmanship yang kita bayar masa beli dulu.

6⃣ Bila nak jual barang kemas, nilai barang kemas hanya dinilai pada berat gram barang kemas dan ketulenannya sahaja. GST, Workmanship dan Design tidak dinilai.

Duit kita...sukati kita la kan? TAPI melaburlah dengan BIJAK.

Saya suka beli dan simpan emas 999.9 (Goldbar, Dinar dan Syiling Emas)☺

Ramai yang bertanya soalan ni..Nak mintak pendapat/pandangan, untuk menabung, better beli barang kemas or goldbar/dinar?

Jawapan : 

Untuk saving, lebih baik beli goldbar atau dipanggil emas 999.9, sebab ianya 100% emas tulen yang tidak dicampur dengan bahan2 lain.

tapi disarankan supaya membeli emas fizikal berbanding melabur di bank...emas fizikal ni, kita beli emas, kita dapat pegang emas tu..jika melabur di bank, kita beli emas, tapi kita tak dapat pegang emas tu...

sebelum buat pelaburan, pastikan juga pilih tempat yang baik dan pastikan tidak tertipu dengan harga murah emas tapi upah yg tinggi..pilih syarikat yang 

🔥jual emas fizikal

🔥spread yang rendah sebab nanti kalau nk jual kita akan untung

🔥syarikat yang sentiasa update harga emas dgn harga emas dunia 

🔥syarikat yang mana kita boleh beli dan lock goldbar, dinar walaupun ketika luar waktu bekerja.

Pilih la saving emas di powergold, sebab ia mempunyai semua ciri ciri diatas..dan untung sebab spreadnya serendah 8-13%..

kenapa saya kata untung? sebab contoh lah kalau nanti harga emas naik 20%, (20-13 = 7) awk dah untung 7% dari harga emas tersebut....lgpun emas 999 di powergold murah dan tiada upah!

Kalo kat overseas sesak2 tak ada cash leh jual goldbar kat kedai emas. Dalam 1gram-5 gram pon da ok terpulang pada bajet yg diperlukan.

Kalau emas 916 tak semua negara terima. Kalau jual di thailand, diorang tak mudah nak terima barang kemas 916 sebab emas di sana more to emas 956. Dan kalau di europe/uk, they consider Emas perhiasan as jewellery. 

Emas 999.9 lebih terjamin especially jika susah nak tukar wang rm di money changer di overseas. So langkah terbaik adalah dengan menjual goldbar/dinar.

Barang perhiasan 916 ada certain negara tak terima. 999.9 gold is accepted world wide

Friday, 21 April 2017

JANGAN MEMBELI EMAS, tapi MENABUNGLAH EMAS!!

JANGAN MEMBELI EMAS, tapi MENABUNGLAH EMAS!!


Ada beza ke BELI & MENABUNG EMAS ?? 


Ehhh.. adaa tau!!


Kalau kita dah set in ur mind yang kita nak BELI EMAS, bila harga naik, kita akan jadi STRESS 😨


TAPI

Kalau kita dah set target tiap² bulan mesti MENABUNG EMAS, mesti MENABUNG 1GRAM, contohnya... kita akan berISTIQOMAH dan tak kan rasa harga emas naik atau turun.


Kena paham bebetul ni ✅


Dan nampakkan bezanya.. kan kan kann???


INGAT... nak buat apa² kena ada TARGET.


Kita beli emas hari ni bukannya utk jual esok.. kata pun MENABUNGKAN..


Tapi kalau dah terdesak @ tersedak #EMASFIZIKAL ni lah akan membantu kita. kan... 😄👍👍


Thursday, 20 April 2017

Aduii Iatah Saja ni hasil Simpanan Emas Powergold Selama 1 tahun 4 Bulan?? Macam nada nilai pun..

Yang dalam kertas atu.. Iatah emas simpnan ku...yg aku gadaikan.. Jumlah simpanan ku untill 20/4/2017 = 46 grams

Ujung bulan ani aku terima usin tarik gaji ku.. iatah kan ku belikan 10 gram tu...


TUH NAMA KU "MIZA"... Giliran usin tarik gaji ku..Bakal ku membali emas 10gram..

Alhamdulillah.. Jumlah simpanan emas ku 56 grams..Dengan nilai duit RM11,746 (B$3.764.00). Ianya separuh dari berat emas 100grams...

Cuba kalau usin ku simpan tiap bulan..Alum sampai sebulan..Betarik,bepakai tu..Inda tahan menyimpan usin..Gerenti bepakai tu..Boross

Sejak simpan emas ani..Sayang banarr kan jual ataupun gadai..Gadai pun saat perlu banar2..

Target ku sampai bln 11/2017 ani untuk simpan emas seberat 100gram..

Mudahan urusan  aku d permudahkan..Aamin 

Nasib Saya Si Pembeli Dan Penyimpan Emas Powergold

Bulan 11/2015 aku terbuka hati kan memiliki emas sendiri..

Yang mana sebelum ani, aku inda minat ni dengan Emas ah.. Perak jua ku puja2..yg aku gilai..

Kenapa aku mengilai Perak? Sebab dulu2 tu aku rasa aku inda mampu kan membali Emas atas sebab ia terlampau mahal kalau kan d bali d kadai emas yg bejuritan atu..jadinya erti kata lain.. AKU INDA MAMPU DAN BUKAN BANYAK USIN KAN BELI EMAS ANI..

Iath, bila udah terbuka hati kan beli, simpan dan sekaligus ingin memiliki emas sendiri ani..Aku join sebagai ahli Powergold masa bulan 11/2015 dengan harga pendaftaran pada masa atu B$120.00

Aku "Zero" tentang ilmu emas pada waktu atu...Bayangkan, aku masuk membabi buta tanpa kaji selidik.. Tanpa memikirkn risiko..Adakah selamat join ani? Banar kah Powergold ani? 

Aku maklumkan pelakian ku.. Pasal aku join Powergold ani.. Marah pulang laki ku, katanya jangan sampai kana tipu saja.. Aku tetap bekaras jua dengan kemahuan dan dengan kedegilan ku atu.. 

Awal atu aku dapat emas free dari pendaftaran ku 0.5gram saja.. Duiii malaikuu, sejamput emas ani..Damit bahh.. Tapi inda apa kata ku dalam hati..Ani baru permulaan.. Simpan saja dulu..


Iatah sudah ni usulnya emas 0.5gram ah.. Damit kan? Macam inda membari-bari bah.. harga masa atu kalau membali dalam B$30.00+ utk emas sejamput ani..

Bulan pertama aku membali emas 1/4 Dinar dengan berat nya 1.0625gram saja.. Ku beli sebanyak 2 keping setiap bulan.. tapi mcm utk beberapa bulan saja lah masa atu.. Ada dalam 4-5bulan kali tu..


Nahh ani usulnya emas 1/4 Dinar dengn beratnya 1.0625gram..

Makin banyak emas ku beli dan simpan, makin kuat hati ani meronta-ronta untuk beli beli beli beli beli emasssss saja.. Ada duit saja, gatal ulu hati ani kan membali bah.. Inda lagi mikir kan risiko lain..yg penting Kumpul emas banyk2..Untuk masa depan saja..

Bisai nya d Powergold ani, inda pulang di paksa membali setiap bulan emas ani..Sama saja gaya nya kalau ketani kan membali udang dan ayam d pasar bah..

Macam bulan ani, ketani kan mau makan udang..d beli... bulan dapan kan membali ayam,d  beli..bulan dapan lagi, bugdet tight..Jangan tah membali dulu udang sama ayam atu.. sama tah jua dengan beli emas sejamput ani.. Suka hati kan membali atau inda..Sendiri punya usin, sendiri yang control budget atu..

Sudah banyak ku kumpul emas 1/4 Dinar atu..Gatal hati kan membali yg 1gram Gold Bar Powergold sama 1gram Gold Coin Powergold..Mula tah kediaku membali 1-2 keping sebulan..Selagi ada labih usin atu, Pajam mata, paham hati saja membali emas..Pelakian ani,bulan2 bibiran sudah becakap "AUUUU JANGAN SAMPAI KANA TIPUHH"...


EMAS 1 GRAM GOLD BAR



1 GRAM EMAS GOLD COIN

Sambil-sambil aku membali emas untuk sendiri.. Setiap ku membali atu, masa atu Powergold membagi Point untuk setiap belian emas..Kalau membali 1gram,aku dapat RM1.00 (Bolehh lahh, berapa jua saja usin Brunei ketani kan tuu)...Point ani iatah d simpan di dalam Ewallet Powergold.biz ...Sana dapat Log In utk ahli Powergold saja..Kirakan macam akaun bah tu.. 

Ind sadar-sadar..Membali emas powergold ani,banyak tia sudah Emas sejamput ku ani.. Yg 1gram atu, sampai 5 keping saja..Aku tukar kan ke Emas 5 gram..

Nahh happy ku tedapat 5gram d tangan..Inda ku sangka dapat kumpul emas seberat 5gram..

Sudah ku meliat 5gram atu..Makin kambuh lagi gila kumpul Emas ku..Asal ada duit,beli...inda lepas peluang..

Inda cukup atu,ikut tarik gaji lagi ku tuu..Tarik gaji utk beli emas 5gram.. Rasa kan mau cepat kumpul emas banyak2..Makin lagi laki ku bising, ikut tarik gaji..Ku tetap gagah jua. inda ku peduli kurapak lakiku.. Dalam utak ku, Beli emas dan simpan saja..

Aku target masa atu utk kumpulkan 15gram..Bila sampai jumlah atu..Aku kan belajar Gadai > Beli Emas > Tebus  dan ulang lagi..

atau aku gadai kan bila ku guna duit utk tambah usin ku bila inda cukup..Tambah usin utk cukupkan sampai terima ujung bln..

Mula-mula ku gadai 6gram emas ku..Dapat ku duit...Iath pakai ku menampal usin gaji yg inda cukup..Rasa kan menyampaikn terima lagi. Alhamdulillah..Sampai ja terima, aku tebus balik emas yg aku gadai 6gram tadi..

Membali emas bln2 atu rasa wajib bagi aku masa atu..Alum sampai target, alum beranti..

Ngam tah ada ahli bejual emas nya dengan harga "Buy Back"..Kira lagi murah tu daripada harga jualan.. Sekali lagi aku gadaikan..Rasa kan dapat beli emas dengan harga murah atu..sanggup ku gadai emas yg ku ada masa atu.. Nahhhh hasill, betambah emas ku..

Laki,biasalah..Bising selalu pasal ku beli emas ani..Aku ni mentingal, inda peduli kan riuh nya psl beli emas ani..Balik2 ia cakap, jangan sampai kana tipuu sajaa..

Inda terasa, bulan ani udah 1tahun 4bulan [Nov/2015 hingga April/2017] udah aku beli dan simpan emas Powergold ani..

46 Gram sampai hari ani 20/4/2017

Ujung bulan ani karang,giliran aku menerima usin tarik gaji..Yang mana tarik gaji ani, aku mau belikan 10gram emas..jadinya emas simpanan bertambah jadi 56gram..

Iatah udah tedapat banyak simpanan emas..Tetiba pelakian ani pun membali emas 10gram utk simpanan nyaa.. Mungkin terbuka mata hati n mata nya kepentingan simpan emas ani.. Alhamdulillahhh..Nahhh hasil, laki pun tedapat emass..Sejak2 atu, inda tia lagi bising pasal aku beli emas Powergold..Sebab ia tau beguna emas ani waktu emergency.

Kedia sendiri meliat apa hasil nya dari simpanan ku,aku gadai n dpt usin nya..Pakai kami bercuti.. pakai ku membali tayar kerita..dan banyak lagi lahh..

Sejak atu..pelakian inda lagi bising dan inda lagi cakap "JANGAN SAJA KANA TIPUUU"...

Karang ani,bibiran pulang ia cakap

 "SIMPAN BISAI2 EMAS ATU!!"

"BUKAN KAN DI ANGGUNG EMAS ATU KESANA KEMARI, HILANG KARANG BARU TAU"

"JANGAN DI TINGGALKAN DALAM RUMAH KALAU INDA BEURANG"

Jadi nya.. kita pikir2 kan lah.. Dan nilai dengan akal fikiran yg logic ketani..Adakah Powergold ani INVESTMENT, YANG MENJANJIKAN PROFIT BERLIPAT GANDA?..Seperti yang biskita dangar?

Saya Sarah Powergold Brunei..Si Pembeli, Si Penyimpan Emas 1gram 1bulan utk 1keluarga..Simpan dan beli untuk kesenangan dan masa depan keluarga sendiri.. Dengan ini mau membagitau biskita semua..

Saya amat berpuas hati dengan Membeli dan menyimpan emas..dari Powergold dan akan terus membeli dan simpan inda kira apa jenama emas nya..Janji ia emas purity 999.9 

Insyallah ujung bln ani..10gram dari Publicgold kan ku beli..

Terima Kasih Powergold

Alhamdulillah dgn rezeki mu Ya Allah..







POWERGOLD.BIZ IS ALL ABOUT SAVING GOLD.. AND ITS NOT INVESTMENT !!

Tuesday, 7 March 2017

BASIC TENTANG EMAS

Basic tentang emas 1⃣ Emas juga dikenali sebagai logam kuning.. 2⃣ Emas semuanya sama.. jgn tertipu dengan brand.. Emas hanya berbeza dari segi ketulenannya.. 3⃣ SIFAT EMAS  🔸Berwarna kekuningan  🔸Mudah di bentuk  🔸 Berkongsi kumpulan dengan Perak dan Tembaga dlm jadual berkala.  🔸 Tidak terhakis. 4⃣ GRED EMAS # Karat adalah ukuran ketulenan Emas. 24 karat bermaksud Emas itu 99.9% tulen   Emas 999 = 24 Karat = 99.9% emas (Bar, Dinar, Barang Kemas) ------------------- Emas 916 = 22 Karat = 91.6% emas (Barang Kemas) ------------------- Emas 875 = 21 Karat = 87.5% emas (Barang Kemas) ------------------- Emas 833 = 20 Karat = 83.3% emas  ------------------- Emas 750 = 18 Karat = 75.0% emas (Barang Kemas yg ada Batu @ Berlian) -------------------- Emas 666 = 16 Karat = 66.6% emas -------------------- Emas 585 = 14 Karat = 58.5% emas (cincin dll) Emas 500 = 12 Karat = 50.0% emas -------------------- Emas 417 = 10 Karat = 41.7% emas -------------------- Emas 375 =  9 Karat = 37.5% emas (Cincin SUASA) 🌷🌺🌻🌸🌷🌺🌻🌸 5⃣ Campuran lain selain dari emas kebiasaannya Perak dan Tembaga utk menguatkan struktur emas. Contoh ------- Gold Bar 999.9 bermaksud 99.9% emas tulen Barang Kemas 916 Bermaksud 91.6% emas 8.4% lagi adalah campuran perak dan tembaga. 6⃣ Sesetengah Barang kemas (Emas Kelantan) 916 agak kelihatan merah kerana campuran emas dan tembaga jadi Barang kemas / alloy Bagi sesetengah pengeluar pulak.. mereka mencampur emas dan Silver. Warna barang kemasnya lebih kuning dan banyak di pasaran Malaysia TAPI jika emas 999 warnanya sama walau datang dari mana pun pengeluarnya.. itulah warna Emas yg asal. 7⃣ Basic timbangan emas lama yg masih digunakan di sesetengah negeri di Malaysia  KELANTAN Emas Se Rial =2.72gm Emas Se Amas = 2.551 gm --------------------- TERENGGANU Emas Se Kupang = 0.64 gm Emas 2 Kupang = 1.28 gm ---------------------- Contoh pengiraan👇 Satu gram = rm 150 Se rial berat = rm 150 x 2.72g = Rm 408 # so.. kalau pegi sana.. dia akan ckp harga emas hr ni ialah rm408.. jangan la terkejut plak.. sebab tu dlm rial.. bkn dlm gram.. kita kena tahu mcm mana nak convert..😅 9⃣ Spread / Susut Nilai Emas. Susut Nilai ni mcm second hand value.. Macam jer..  Lepas keluar kedai.. harga akan berkurang.. contoh kita beli handphone.. beli harga 1000.. bawak balik rumah.. x syok.. esok nak tolak balik kat kedai tu.. emm dia amik rm 600 jer.. tu maksudnya spread atau susut nilai dia 40%.. TAPI KENAPA EMAS PON ADA SPREAD ? Barang kemas spreadnya lebih tinggi sebab 1. Barang kemas ada design. Ada kemungkinan design yg kita trade in tu dah outdated..  proses penyimpanan akan jadi lama sehingga ada pembeli baru.. atau mungkin perlukan pemprosesan semula utk dijadikan design baru..  Kos ni lah yg telah di ambil kira dlm jual beli emas.. 2. Gold Bar dan Dinar Susut Nilai wujud kerana adanya admin fees semasa proses penjualan dan pembelian balik.. lain2 terdapat juga proses re packing jika packaging dah x sempurna mcm asal..😅 semoga bermanafaat..jom jd penyimpan emas berilmu..k