Monday, 24 August 2020

Kenapa Harga Emas Naik Turun??

🔥KENAPA HARGA EMAS NAIK TURUN?? 🔥

✔✔Apabila US Dollar menguat, ianya memerlukan jumlah dollar yang sedikit untuk membeli sebarang komiditi contohnya emas. Apabila USD melemah, ianya memerlukan jumlah dollar yang lebih untuk membeli komoditi dalam kuantiti yang sama.

✔✔Ini membuktikan US Dollar menentukan arah harga komiditi seperti emas, yang mempengaruhi samada memerlukan dollar yang sikit atau banyak untuk membeli emas atau komiditi lain. Lain kata, apabila USD menguat emas akan menurun dan sama juga sebaliknya. Itulah fakta tentang nilai harga emas.

✔✔Lain faktor mempengaruhi harga emas ialah bergantung kepada "demand" dalam pasaran terhadap emas.Apabila harga emas tinggi apabila diukur bukan sahaja dalam bentuk USD, tetapi juga dalam bentuk Euro, Pounds, Yen ataupun RM, kita tahu demand emas adalah tinggi dan telah menaikkan nilai harganya tersendiri.

✔✔Apabila harga emas tinggi dalam US Dollar... tetapi dalam masa sama harga dalam bentuk currency lain tetap sama kita dapat buat rumusan bahawa USD Dollar yang melemah dan bukannya kekuatan USD menjadi punca kenaikan harga emas. Ini kerana harga emas jika kita lihat di dalam mana-mana graph Meta4 ianya VERSUS with USD. Jadi ini perkara penting yang perlu kita lihat sebagai trader emas.

💎"Sarah Gold Addict"💎☺

No comments:

Post a Comment