SOALAN: Apakah pandangan dan hukum Islam terhadap AKAD Jual Beli melalui alat perhubungan seperti penggunaan telefon, teleks, INTERNET, telegraf, telegram, postal order dan money order?
Sistem muamalat Islam semakin berkembang dari masa ke semasa mengikut KEPERLUAN MASYARAKAT dan KEHENDAK PEMBANGUNAN UMAT sesuai dengan peredaran zaman.
Dalam zaman yg terkenal dengan kemajuan sains dan teknologi ini terdapat pelbagai alat perhubungan seperti telefon dan internet yang telah tercipta yg mana dengan komunikasi multikiridor raya ini boleh menghubungkan PENJUAL dan PEMBELI secara langsung tanpa penggunaan sighah.
Agama Islam menerima dan MEMPERAKUI upacara akad jual beli melalui alat perhubungan seperti diatas dengan syarat
1. Jual beli tidak bercanggah dengan nas Al-Quran dan hadith mutawatir
2. Tidak terlibat dengan amalan riba
3. Tidak ada unsur gharar (penipuan)
4. Tidak mengandungi mudarat
Rujukan
Haji Rose De Yusuf Haji Mohd Ramlee. (2009). Hukum Mualamat dan Hukum Perkahwinan Dalam Islam. Bab 1. Ms. 22. Bandar Seri Begawan: Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei.
No comments:
Post a Comment